Skip to main content

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pelaporan Prestasi Murid 2016

Setelah berlangsungnya Program Marhaban Peringkat SK Pulau Tinggi pada malam semalam (20 Julai 2016), pihak sekolah seterusnya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pelaporan Prestasi Murid bagi Tahun 2016. Majlis ini dilangsungkan pada 21 Julai 2016.

Sebelum majlis bermula, guru-guru sibuk membuat persiapan tempat.
Banner Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Brosur

Murid-murid kelihatan ceria menggayakan Baju Raya mereka
Sebelum majlis bermula



Bermulanya majlis apabila pengacara majlis memberikan ucapan alu-aluan

Bacaan doa oleh Ustaz Fazuli

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, Encik N. Aniham

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Encik Rahaman

Bacaan selawat / marhaban diketuai oleh Ustaz Shahir

Agenda diteruskan lagi dengan sesi fotografi. Warga sekolah bergambar kenangan dengan para ibu bapa

Warga Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi bagi sesi 2016

Warga pendidik SK Pulau Tinggi bagi sesi 2016
Dari kiri : Encik Megat, Encik Hamzi( GPK Kokurikulum), Ustaz Fazuli, Encik Khairul (GPK Pentadbiran), Encik N. Aniham (Guru Besar), Encik Aizat (GPK HEM), Encik Raqib dan Ustaz Shahir

Murid-murid SK Pulau Tinggi bagi sesi 2016
Dari kiri : Aidil (Tahun 2), Amirul (Tahun 6), Ismail (Tahun 3), Adha (Tahun 5), Hasmidah (Tahun 5), Nor (Tahun 2), Sumaiyah (Tahun 2) dan Aima (Tahun 3)













Majlis diteruskan lagi dengan pelaporan prestasi murid bagi peperiksaan UPPM 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun




Guru kelas melaporkan prestasi murid-murid kepada ibu bapa dan berbincang bagi membantu meningkatkan pencapaian murid-murid pada masa akan datang





Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...