Skip to main content

Selamat Berpindah Cikgu Raof

Seperti yang sudah sedia maklum, Cikgu Raof juga akan mengikuti jejak langkah Cikgu Faizai untuk meninggalkan SK Pulau Tinggi yang tercinta ini. "Kerana terpaksa, aku relakan". Walau berat untuk melepaskan Cikgu Raof, tetapi pihak sekolah juga tetap akur akan kata putus daripada beliau. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Semoga Cikgu Raof akan terus memperoleh kejayaan di tempat yang baru. 23 Jun 2016 merupakan hari terakhirnya di bumi Pulau Tinggi ini. Insya Allah, jika ada umur yang panjang, kita bersua lagi.

Sedikit info tentang Cikgu Raof. Beliau memulakan langkahnya sebagai seorang pendidik pada Julai 2013 di sekolah ini dan meneruskan langkahnya dalam bidang ini ke Sabah pada Jun 2016. 

Gambar kenangan terakhir Cikgu Raof di SK Pulau Tinggi


Sedih Cikgu Megat untuk melepaskan Cikgu Raof. Mana tidaknya, Cikgu Raof, Cikgu Megat dan Cikgu Aizat merupakan rakan satu batch yang ditempatkan bersama di SK Pulau Tinggi


Dalam linangan air mata perpisahan, Cikgu Raof menyampaikan amanatnya yang terakhir buat anak-anak murid yang dikasihi

Iringan terakhir warga sekolah buat Cikgu Raof di jeti

Alamak! Dalam suasana yang pilu tadi saya terlupa nak sampaikan kad ucapan perpisahan buat Cikgu Raof. Harap-harap dengan cara ini dia dapat membaca pesanan daripada saya.

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...