Posts

Sambutan Hari Kanak-kanak SK Pulau Tinggi 2025

 Pada 20 hingga 21 November 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak selama dua hari yang berlangsung dengan penuh meriah dan ceria. Program ini diadakan sebagai usaha untuk meraikan para murid serta memberikan mereka peluang untuk bergembira selepas penat menjalani sesi pembelajaran sepanjang tahun. Sambutan ini turut melibatkan seluruh warga sekolah yang bekerjasama menjayakan pelbagai aktiviti menarik. Majlis perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua guru atas usaha mereka merancang program yang bermanfaat serta menekankan kepentingan aktiviti sebegini dalam membina sahsiah dan keyakinan diri murid. Pelbagai acara menarik telah dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Pada hari pertama, murid-murid telah menyertai beberapa aktiviti sukan seperti perlawanan bola tampar gergasi, perla...
Recent posts