Pada 28 dan 29 Julai 2025, satu pertandingan berprestij iaitu Malaysia Techlympics Zon Selatan telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor . Pertandingan ini menghimpunkan pelbagai sekolah dari zon selatan Malaysia yang bertanding dalam bidang teknologi, inovasi dan robotik. SK Pulau Tinggi turut berpeluang menyertai pertandingan ini setelah terpilih oleh pihak penganjur. Sebanyak lima (5) penyertaan telah dihantar oleh SK Pulau Tinggi, merangkumi kategori EZBot , EZRover , Robot Tempur , Penyiasatan Jenayah , dan G-Sky . Setiap pasukan telah membuat persiapan rapi sebelum pertandingan dan menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang berlangsungnya acara. Salah satu kejayaan membanggakan yang telah dicapai oleh SK Pulau Tinggi ialah apabila pasukan EZRover yang diwakili oleh adik Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir dan Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut . Kemenangan ini telah mengharumka...