Program pemeriksaan dan rawatan gigi telah dijalankan oleh pasukan kesihatan pergigian dari Hospital Mersing pada 14 hingga 15 April 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi.
Program ini melibatkan semua murid sekolah dan bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan gigi dalam kalangan murid berada dalam keadaan baik serta meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kebersihan mulut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pemeriksaan gigi, rawatan asas seperti tampalan dan cabutan gigi, serta pemberian nasihat penjagaan gigi yang betul.
Sepanjang program berlangsung, murid memberikan kerjasama yang baik dan mengikuti setiap arahan yang diberikan oleh petugas kesihatan. Guru-guru juga turut membantu dalam memastikan kelancaran program.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua murid dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi.
Comments
Post a Comment