Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2018 telah selamat dijalankan pada pagi ini di tapak perhimpunan SK Pulau Tinggi. Perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Terdapat pelbagai acara yang telah dirancang oleh penyelaras sambutan bulan kemerdekaan iaitu Puan Yuziami bint Mohd Yusof. Antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Oleh yang demikian, diharapkan semua murid SK Pulau Tinggi dapat melibatkan diri dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang telah disediakan oleh guru. Selamat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-61 tahun. MERDEKA! MERDEKA!!! MERDEKA !!!

Sambutan Hari Guru Dan Majlis Perpisahan 2018

Pada 15 Ogos, SK Pulau Tinggi telah menyambut Sambutan Hari Guru. Walaupun SK Pulau Tinggi membuat majlis sambutan hari guru lewat pada tahun ini, namun sambutan hari guru tetap diadakan bagi mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berkorban jiwa dan raga sepanjang bergelar pendidik khususnya di SK Pulau Tinggi. Sambutan yang disambut secara sederhana tetap meriah dengan sambutan dan kehadiran masyarakat Pulau Tinggi yang turus bersama-sama meraikan sambutan hari guru di SK Pulau Tinggi. YDP PIBG En. Rahaman bin Ali juga turut bersama-sama hadir dan seterusnya merasmikan majlis sambutan hari guru bagi tahun 2018. Dalam bergembira ada kedukaan. Warga Pulau Tinggi telah menerima berita kejutan bahawa dua orang guru SKPT akan bertukar ke SK Felda Tenggaroh 2 mulai 1 Ogos 2018. Perkara ini telah membuatkan semua yang hadir menjadi sedih dan suasana yang sayu. Kehilangan dua orang guru hebat SKPT telah memberi kesan kepada murid-murid. Murid-murid begitu sedih dengan pemergian guru