Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi. Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan.
Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib. Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi.
Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan.
Majlis penutupan Perkhemahan Perdana ini telah disempurnakan oleh Puan Rossana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi yang juga Yang Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi. Dalam kesempatan ini, pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rossana binti Hussien selaku tuan rumah kerana telah memberi kebenaran menggunakan kawasan Chalet Tok Mok sepanjang tiga hari dua malam, serta menyumbangkan makanan, tenaga dan pelbagai keperluan lain sehingga program dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.
Secara keseluruhannya, Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi 2025 telah berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan meninggalkan kenangan manis dan pengalaman berharga kepada semua peserta. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan murid yang berdisiplin, berdaya saing dan bersemangat tinggi.
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh Encik Othman b Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi |
![]() |
| Taklimat daripada Encik Muhammad Hamzi b Esahal, GPK Kokurikulum SK Pulau Tinggi |
![]() |
| Pemilihan Penghulu |
![]() |
| Pemilihan Penghuluwati |
![]() |
| Penyerahan Barang Amanah |
![]() |
| Taklimat daripada Pn Yuziami bt Mohd Yusof, Ketua Penyediaan Makanan |
Aktiviti 1 (Pioneering)
Aktiviti 2 (Riadah)
Solat Subuh , Zuhor, Asar, Maghrib dan Isyak secara berjemaah
Aktiviti 5 (Sand Castle)
Aktiviti 6 (Explore Race)
![]() |
| Taklimat Explore Race |
![]() |
| Station Kompas |
![]() |
| Masakan rimba Roti Lilit |
![]() |
| Aktiviti lasak |
![]() |
| Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar |
![]() |
| Ucapan Perasmian Penutupan - Puan Ros sana bt Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, merangkap YDP Pibg SK Pulau Tinggi |
Persembahan Malam Kebudayaan:
Kumpulan Love Hunter : https://youtu.be/3w8p8it9z3Y?si=9kb8LqqCWkqX81hq
Kumpulan Sonic
https://youtu.be/laonxYmXlMk
Kumpulan Yellow Stars
https://youtu.be/wzZ1XJDpwik
Kumpulan Shadow
https://youtu.be/po5337A9MR0




.jpg)









.jpg)






.jpg)






.jpg)


.jpg)



.jpg)











.jpg)










.jpg)





.jpg)



Comments
Post a Comment