Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

Taklimat Cara-cara Membasuh Tangan Dengan Betul & Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 & Tahun 6

 SELASA, 30 April 2024. Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6 telah menerima taklimat berkenaan "Cara-cara Membasuh Tangan Dengan Betul & Pemeriksaan Kesihatan". Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai kesihatan daerah Mersing. Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, murid-murid dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka bagi menjaga kesihatan diri.

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah pada tahun ini SK Pulau Tinggi berkesempatan menghantar penyertaan bagi menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD yang bertempat di SMK Mersing. Atas faktor keewangan dan masa persediaan yang terhad. SK Pulau Tinggi hanya menghantar 1 kategori sahaja, iaitu kategori lelaki bawah 12 Tahun. Antara atlit SK Pulau Tinggi yang terpilih pada kali ini adalah: Tahun 6 1. Mohamad Arash Amsyar Tahun 5 2. Ahmad Faiz Tahun 4 Mohamad Ridhuan Shah Tahun 3 Muhammad Mikail Safuan Untuk makluman, acara pertandingan yang bermula selepas raya telah membuatkan jurulatih dan para atlit tidak sempat untuk membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi hari pertandingan. Namun begitu, semangat juang tetap ditunjukkan oleh para atlit sehingga ke akhir acara. Semoga pelapis-pelapis bagi acara merentas desa dapat meningkatkan lagi prestasi untuk mendapat tempat yang terbaik bagi kejohanan yang akan datang. InsyaAllah.... Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan juta