Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Kejohanan Merentas Desa SK Pulau Tinggi

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini biasanya berjarak di antara 2-4 kilometer, yang mungkin melibatkan permukaan rumput dan bumi, melalui hutan, kawasan pantai dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit,  dan tanah rata.   Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SK PULAU TINGGI ini telah diadakan pada 17 Oktober 2018 (Rabu) bagi memastikan sekolah kita bersedia untuk menghadapi kejohanan MSSD Merentas Desa pada tahun 2019. Matlamat kejohanan Merentas Desa   ini ialah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru ke arah kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang olahraga agar mereka dapat menonjolkan diri di peringkat Daerah, Negeri dan Negara serta membudayakan minat bersukan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri dalam kalangan murid.  

Hari Sukan Negara 2018

Pada 13 Oktober yang lepas. 1 Malaysia telah bersama-sama turun ke padang bagi meraikan Hari Sukan Negara yang diadakan pada setiap tahun minggu kedua dalam bulan Oktober.  Warga SK Pulau Tinggi juga tidak melepaskan peluang turun ke padang bagi memeriahkan lagi acara yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik dan acara sukaneka. Murid-murid begitu seronok melakukan aktiviti, malahan setiap acara yang disertai telah disediakan hadiah. Semoga acara tahunan seperti ini dapat memberi kesedaran kepada murid mahupun kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pentingnya bersukan dan menjaga kesihatan.