Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Aktiviti TKRS - Kerohanian ( Kemuliaan Bulan Ramadhan)

30 Mei 2018. Unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menjalani aktiviti kerohanian. Aktiviti ini telah dilaksanakan di bilik mesyuarat SKPT. Guru yang terlibat adalah En. Muhamad Aizat bin Lukman, En. Abdul Raqib bin Md Hanipah dan En. Megat Idra Izwan bin Mohamed Nazazi. Antara pengisian dalam aktiviti tersebut adalah berkenaan dengan ibadah dan tarawih. Semoga apa yang disampaikan sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh murid-murid SKPT.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

21 mei hingga 24 mei 2018 murid-murid SK Pulau Tinggi akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun. Peperiksaan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru sepanjang tempoh hampir 5 bulan. Semoga murid-murid tenang menjawab soalan dan mendapat keputusan yang baik insya Allah.

Majlis Berbuka Puasa

Pada 19 Mei 2018. Pihak Komuniti Pulau Tinggi telah menganjurkan majlis sambutan berbuka puasa di Masjid Pulau Tinggi. Guru-guru turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.  

Selamat Berpuasa

Hari ini tibanya bulan yang dinanti oleh seluruh umat islam diserata dunia iaitu bulan keampunan dan bulan kerahmatan bulan Ramadan. Oleh yang demikian kami dari warga SK Pulau Tinggi ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita dibulan puasa ini diterima dan segala dosa kita dapat diampunkan insya Allah. 

Pertandingan Catur Peringkat Daerah Mersing

06/05/2018 : Pertandingan Catur Peringkat Daerah Mersing di SK Tenggaroh 4 SKPT telah menghantar 2 orang peserta untuk menyertai Kejohanan Catur MSSD iaitu Nor Hayati Suhana bt Saballudin dan adik Nur Khadijah bt Mohd Nasir. En. Abdul Raqib b Md Hanipah selaku Jurulatih dan guru pengiring pasukan catur sekolah. Tahniah diucapkan!  👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

Aktiviti TKRS : Reka Cipta : Menghasilkan penapis air

Pada 2 Mei 2018 yang lepas. Badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah telah melakukan aktiviti " Menghasilkan Penapis Air ".  Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid bahawa pentingnya kita mendapatkan air tapisan / air bersih. Murid-murid seronok melakukan aktiviti yang telah diajarkan oleh cikgu Abdul Raqib.