Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 2 April 2026 dengan suasana meriah dan penuh kegembiraan melibatkan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi.
Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi yang dipimpin oleh Encik Basri bin Bakil, Imam Masjid Pulau Tinggi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar yang menzahirkan penghargaan serta kepentingan sambutan ini dalam memupuk perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.
Selepas itu, para hadirin menikmati jamuan hari raya yang telah disediakan dengan pelbagai juadah tradisional. Majlis turut diserikan dengan penyerahan duit raya kepada murid-murid SK Pulau Tinggi, sebagai tanda penghargaan dan kegembiraan sempena Aidilfitri.
Selain itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian raya oleh murid-murid yang berjaya mencuri perhatian serta menghiburkan para hadirin.
Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam mengeratkan hubungan serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Comments
Post a Comment