Program Gotong-royong Hari Raya SK Pulau Tinggi telah diadakan pada 2 April 2026 dengan meriah dan penuh semangat kerjasama. Aktiviti ini melibatkan penyertaan guru-guru, murid-murid, komuniti Pulau Tinggi serta ahli PIBG dalam membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya menyediakan juadah hari raya seperti rendang daging, nasi impit, lemang dan hidangan lain. Suasana gotong-royong berlangsung dengan harmoni dan ceria, mencerminkan semangat muafakat yang tinggi dalam kalangan semua yang terlibat.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada komuniti Pulau Tinggi dan PIBG yang telah hadir serta bertungkus-lumus membantu menjayakan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Program ini bukan sahaja memudahkan urusan persiapan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan masyarakat setempat.
Comments
Post a Comment