Ceramah sempena program Ihya’ Ramadan 2026 telah diadakan pada 24 Februari 2026 dengan tujuan menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan murid dan warga sekolah.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahir bin Shafie, selaku GPK 1 SK Pulau Tinggi merangkap Guru Pendidikan Islam. Beliau telah menyampaikan pengisian yang menarik berkaitan kelebihan bulan Ramadan, amalan yang digalakkan serta kepentingan meningkatkan ibadah.
Murid menunjukkan perhatian dan penglibatan yang baik sepanjang ceramah berlangsung. Program ini berjaya memberi kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#anakpulaupastikemilau
#berdirimegah
#stinggi
Comments
Post a Comment