Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah diadakan pada 12 Mac 2026 dengan jayanya. Program ini melibatkan kehadiran ibu bapa, penjaga serta warga sekolah dalam usaha memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Rossana binti Hussien, Yang Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi merangkap Ketua Kampung Pulau Tinggi. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam menyokong kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
Sepanjang mesyuarat, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk laporan aktiviti tahunan, pembentangan kewangan serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.
Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa PIBG yang baharu bagi sesi 2026 atas pelantikan yang telah dibuat. Diharapkan jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi kemajuan sekolah dan kebajikan murid.
Mesyuarat berakhir dengan suasana yang harmoni dan penuh semangat kerjasama antara semua pihak yang terlibat.
Comments
Post a Comment