Bengkel Siri 1 Malaysia Robotic & AI Competition telah diadakan pada 5 Mac 2026 bertempat di Bilik ICT SK Pulau Tinggi. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid berkaitan asas robotik dan kecerdasan buatan (AI) sebagai persediaan menyertai pertandingan.
Bengkel ini telah dibimbing oleh En. Shahril Arimi dan Muhammad Khairulzakirin, yang memberikan tunjuk ajar secara praktikal serta interaktif kepada murid.
Sepanjang bengkel, murid menunjukkan minat dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan serta kemahiran asas murid dalam bidang robotik dan AI.
Secara keseluruhannya, bengkel ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Comments
Post a Comment