Program Anjak telah diadakan pada 11 Februari 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Program ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menghantar seorang wakil murid iaitu Muhammad Adib Nadzhan (3 Siber) untuk menyertai program ini. Murid telah diiringi oleh Puan Yuziami binti Mohd Yusof sebagai guru pengiring.
Sepanjang program, murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik dan berfokus kepada pengukuhan kemahiran asas. Program ini memberi manfaat yang besar dalam meningkatkan keyakinan serta penguasaan murid dalam 3M.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Comments
Post a Comment