Latihan Asas Renang telah diadakan pada 7 Februari 2026 dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada murid tentang kemahiran asas berenang serta meningkatkan keyakinan diri di dalam air.
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbir apabila Tuan Guru Besar, En. Mohd Noor Nazri bin Mohd Tumari bersama En. Shahril Arimi telah turun padang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid sepanjang latihan dijalankan.
Secara keseluruhannya, latihan ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Murid menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment