Kejohanan Merentas Desa MSSD 2026 telah berlangsung pada 12 Februari 2026 bertempat di SMK Nitar, Mersing. Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menghantar dua pasukan iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan untuk menyertai kejohanan ini.
Pasukan lelaki terdiri daripada:
- Mohamad Ridhuan Shah (6 Siber)
- Muhammad Mikail Safuan (5 Siber)
- Muhammad Saifullah (4 Siber)
- Muhammad Ammar Firdaus (4 Siber)
Manakala pasukan perempuan terdiri daripada:
- Putri Nur Hidayah (6 Siber)
- Nur Rania Raisyah (4 Siber)
Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Shahril Arimi dan diiringi oleh Puan Yuziami sebagai guru pengiring.
Hasil daripada kejohanan tersebut, dua orang peserta SK Pulau Tinggi berjaya mencapai hasrat Tuan Guru Besar, En. Mohd Noor Nazri bin Mohd Tumari untuk berada dalam kelompok 30 terbaik, iaitu:
- Nur Rania Raisyah – Tempat ke-23
- Muhammad Saifullah – Tempat ke-27
Keputusan penuh adalah seperti berikut:
- Nur Rania Raisyah – Tempat ke-23
- Putri Nur Hidayah – Tempat ke-75
- Muhammad Saifullah – Tempat ke-27
- Mohamad Ridhuan Shah – Tempat ke-31
- Muhammad Ammar Firdaus – Tempat ke-53
- Muhammad Mikail Safuan – Tempat ke-56
Secara keseluruhannya, penyertaan SK Pulau Tinggi dalam kejohanan ini menunjukkan prestasi yang membanggakan serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
#anakpulaupastikemilau
#berdirimegah
#stinggi
Comments
Post a Comment