Majlis Apresiasi Cemerlang Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi 2025 telah diadakan pada 16 Disember 2025 bertempat di Kantin SK Pulau Tinggi. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang murid-murid serta jasa dan sumbangan warga pendidik dan staf sokongan sekolah.
Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat antaranya En. Shahrudin bin Tahar, Pegawai Perhubungan Sekolah, Ustaz Mohd Noh, Guru Besar Agama Pulau Tinggi serta En. Zan bin Othman, Naib Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi. Kehadiran para tetamu telah menambahkan lagi kemeriahan dan keistimewaan majlis ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Majlis turut menyampaikan Sijil Penghargaan Perkhidmatan kepada barisan pentadbir dan guru iaitu En. Othman bin Taib (Guru Besar), En. Ahmad Shahir bin Shafie (Penolong Kanan Pentadbiran), En. Muhamad Aizat bin Lukman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Muhammad Hamzi bin Esahal (Penolong Kanan Kokurikulum), En. Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof (Guru Data), Pn. Yuziami binti Mohd Yusof (Guru Perpustakaan dan Media), En. Abdul Mu’iz bin Abdul Aziz (Guru SPBT) serta En. Shahril Arimi bin Noor Azli (Guru Bimbingan dan Kaunseling).
Selain itu, Sijil Penghargaan Staf Sokongan turut diberikan kepada En. Abdul Murat bin Ali, En. Mohd Basri bin Bakil, En. Shahardan bin Abdul Latif, Pn. Hafizah Anisah binti Shahardan, En. Johan bin Othman, En. Zan bin Othman, En. Sata bin Abdul Ghani, En. Mohamad Amirul bin Johan dan Pn. Mazilah binti Ismail sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti mereka.
Seterusnya, majlis menyampaikan Anugerah Terbaik Mata Pelajaran, iaitu:
-
Bahasa Melayu: Harraz Anaqi bin Muhammad Hamzi
-
Bahasa Inggeris: Nurul Umairah Batrisya binti Abdul Hadi
-
Matematik: Nur Rania Raisyah binti Muhammad Anuar
-
Sains: Harraz Anaqi bin Muhammad Hamzi
-
Pendidikan Islam: Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir
-
Bahasa Arab: Muhammad Ammar Ali Zafran bin Mohd Ridzuan
-
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini
Turut disampaikan ialah Anugerah NILAM kepada Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir, Anugerah Kehadiran Terbaik kepada Muhammad Ammar Raiqal bin Mohd Ridzuan, Anugerah STEM kepada Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir dan Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz, Anugerah Kurikulum kepada Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir, Anugerah Hal Ehwal Murid kepada Nur Aliesya binti Mohamad Abby Razali, Anugerah Kokurikulum kepada Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini, serta Anugerah Guru Besar kepada Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir.
Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang dicapai. Kepada murid-murid yang belum berjaya, diharapkan agar terus berusaha dan menjadikan kejayaan rakan-rakan sebagai pembakar semangat untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. Semoga Majlis Apresiasi Cemerlang ini dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Penyampaian Penghargaan Kepada Murid-murid SK Pulau Tinggi
Pengharagaan Kepada Guru-guru
Penghargaan Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Johan Ez Rover (FC-1)
Penerima Lencana SLAD-J dan Buku Log Terbaik
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran
| Harraz Anaqi bin Muhammad Hamzi (Bahasa Melayu) |
| Nurul Umairah Batrisya binti Abdul Hadi (Bahasa Inggeris) |
| Nur Rania Raisyah binti Muhammad Anuar (Matematik) |
| Harraz Anaqi bin Muhammad Hamzi (Sains) |
| Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir (Pendidikan Islam) |
| Muhammad Ammar Ali Zafran bin Mohd Ridzuan (Bahasa Arab) |
| Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Pendidikan Jasmani Kesihatan) |
Anugerah Nilam
| Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir |
Augerah Kehadiran Terbaik
| Muhammad Ammar Raiqal bin Mohd Ridzuan |
Anugerah STEM
| Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir dan Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz |
Anugerah Kurikulum
| Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir |
Anugerah Hal Ehwal Murid
| Nur Aliesya binti Mohamad Abby Razali |
Anugerah Kokurikulum
| Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini |
Anugerah Guru Besar
| Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir |
Comments
Post a Comment