Isnin, 17 Februari 2025 merupakan hari pertama sesi persekolah bagi tahun 2025/2026. Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi telah bersama-sama menjemput ketibaan murid di hari ini. Wajah ceria kelihatan buat semua murid-murid pada hari ini kerana begitu teruja dapat hadir ke sekolah hari ini, terutama buat murid-murid tahun 1 yang merupakan kali pertama mereka ke alam persekolahan. Semoga murid-murid SK Pulau Tinggi akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...










.jpg)

















Comments
Post a Comment