Sabtu, 9 November 2024. Murid-murid SK Pulau Tinggi seramai 25 orang telah menerima sumbangan barangan keperluan sekolah daripada Yayasan Johor Corporation bernilai RM200. Oleh yang demikian murid-murid SK Pulau Tinggi beserta 2 orang guru pengiring iaitu, Encik Muhammad Aizat bin Lukman dan Encik Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof telah dibawa ke Mersing dengan menaiki bot Majlis Daerah Mersing menuju ke Pasaraya Sakan. Tuan Guru Besar SK Pulau Tinggi, Encik Othman bin Taib dan Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah menyambut ketibaan rombongan murid-murid di Jeti Mersing.
Pihak sekolah dan ibu bapa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Johor Corporation di atas keprihatinan mereka dalam memberi sumbangan yang penuh bermakna ini. Terima kasih juga kepada pihak Majlis Daerah Mersing kerana telah menyediakan pengangkutan bot untuk menuju ke tanah besar Mersing. Semoga dengan usaha murni tuan dan puan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung akan menjadi asbab keberkatan hidup kita di dunia dan di akhirat.
Perjalanan keluar menaiki bot
Tiba di Jeti Mersing
Tiba di Pasaraya Sakan bersama Yayasan Johor Corporation
Comments
Post a Comment