Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul 2024

 Sabtu - 5 Oktober 2024 - Telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pulau Tinggi dengan bertemakan Al-Falah Pemacu Maju Johor. Sambutan ini merupakan program tahunan bagi penduduk di Pulau Tinggi. Kerjasama diantara warga Pulau Tinggi, Sekolah Agama Pulau Tinggi, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, Jururawat Pulau Tinggi dan Pegawai Keselamatan Pulau Tinggi (Polis) telah melancarkan perjalanan program ini sehingga ke penutup acara. 

Ketua Kampung Pulau Tinggi iaitu, Puan Rossana binti Hussien, mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang telah hadir pada hari ini iaitu Pengerusi NUTP Negeri Johor, Encik Mohd Bakhtiar bin Basir , Puan Laydawati binti Maydin, Pejabat KEMAS Daerah Mersing dan Ustaz Mohd Solihin, Pegawai Kadi Daerah Mersing. Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik. Mohd Bakhtiar bin Basir, Pengerusi NUTP, Negeri Johor.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya adalah:

1. Pertandingan Sukaneka

2. Pertandingan Busana Muslimin dan Muslimat

3. Pertandingan hafazan

4. Pertandingan Azan

Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. Semoga hubungan yang telah terjalin sepanjang pelaksanaan program ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.



Pasca Sambutan Maulidur Rasul



Proses membawa masuk daging lembu

Proses membawa masuk daging lembu







Proses membersihkan daging 





















Pertandingan Sukaneka












Perarakan Maulidur Rasul







Majlis Utama










Ucapan Perasmian Encik Mohd. Bakhtiar bin Basir, Pengerusi NUTP Negeri Johor

Ucapan Alu-aluan Puan Rossan binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi

Bacaan Berzanji

Bacaan Al-Quran dan terjemahan



Ucapan Puan Laydawati binti Maydin, Pejabat KEMAS Daerah Mersing




Persembahan Nasyid

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Solihin, Pegawai Kadi Daerah Mersing


Jamuan










Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid