Sabtu - 12 Oktober 2024 , telah berlangsungnya program Hari Sukan Negara Peringkat SK Pulau Tinggi. Seramai 32 orang peserta telah menyertai program pada hari ini. Hari Sukan Negara merupakan aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan pada minggu kedua dalam bulan Oktober. SK Pulau Tinggi turut tidak melepaskan peluang bagi sama-sama berkumpul dan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Sukan Negara. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah, senaman aerobik, perlawanan bola sepak 5 sebelah dan sukaneka. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam program hari ini.
Aktiviti 1: Senaman Aerobik
Aktiviti 2 : Perlawanan Bola Sepak 5 Sebelah
Aktiviti 3 : Sukaneka
Comments
Post a Comment