Skip to main content

Program Pembangunan Komuniti Ke Pulau Tinggi, Mersing Bersama Rakan-Rakan Strategik Yayasan KPRJ


 Rabu, 21 Ogos 2024. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Yayasan KPRJ, Jabatan Perikanan Daerah Mersing, Johor National Parks, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Tanah Mersing, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing, dan Maritim Malaysia bagi menyempurnakan Program Pembangunan Komuniti Ke Pulau Tinggi, Mersing Bersama Rakan-Rakan Strategik Yayasan KPRJ.

Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran para tetamu ke SK Pulau Tinggi. Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Turut hadir pada program hari ini adalah Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd. Manap, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Yang Berusaha, Encik Taufik Bin Bahar, Wakil Rasmi Kepada Dato' Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Yang Juga Merangkap Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Yang Berbahagia Encik Junaid Izudin Bin Abdul Aziz Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (Negeri Johor),Yang Berbahagia Encik Muhammad Irfan Bin Ahmad Hanizar Ketua Unit Taman Laut & Pengurusan, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin Pengarah Zon Maritim Mersing, Dr. Norzaher Bin Ismail Pegawai Kesihatan Daerah Mersing, Encik Faiq Bin Bin Fadzil Penghulu Mukim Daerah Jemaluang, Yang Berusaha Pn. Hjh. Norliza Binti Suleiman Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kprj, Yang Berusaha Madam Lekha A/P Nandey Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kprj, Puan Rossana Binti Hussien, YDP PIBG SK Pulau Tinggi dan Sukarelawan YKPRJ.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak Yayasan KPRJ memilih SK Pulau Tinggi sebagai lokasi program pada kali ini. Segala sumbangan yang diterima sedikit sebanyak telah memberi manfaat kepada kami warga Pulau Tinggi dan jasa baik tuan dan puan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Akhir kata, pihak sekolah memohon ampun sekiranya terdapat kekurangan sepanjang pihak tuan dan puan berada disini. Jika ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, jika ada umur yang panjang, InsyaAllah kita berjumpa lagi.

Ketibaan Sukarelawan KPRJ



















Penyerahan Router dan Mesh daripada Yayasan KPRJ



Pemasangan Banner Program

Aktiviti Sukaneka










Penyampaian Hadiah kepada Para Pemenang yang disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi










Pertandingan Mewarna



Taklimat daripada Pihak Majlis Keselamatan Negara, Negeri Johor




Pemeriksaan Kesihatan




Baik Pulih Bilik Pra Sekolah (sebelum dan selepas)

Sebelum





Selepas 








Ketibaan tetamu VIP





Tetamu VIP melawat kawasan





















Majlis Perasmian Program


Ucapan Alu-aluan Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi

Ucapan Yang Berusaha, Encik Taufik Bin Bahar, Wakil Rasmi Kepada Dato' Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Yang Juga Merangkap Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor


Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing
















Gotong -royong membersihkan kawasan pantai




Terima Kasih Semua !!!



s

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah