Isnin, 13 Mei 2024. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD) dan Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk melaksanakan Program Outreach selama 2 hari 1 malam di SK Pulau Tinggi.
Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran para tetamu pada hari ini. Hal ini kerana, dengan adanya program seperti ini, kita dapat melihat dan mencungkil bakat anak-anak pulau dalam bidang sukan. Malahan, jurulatih-jurulatih yang hebat daripada SSTMI ini bukan sahaja memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid, bahkan kepada guru-guru sukan di SK Pulau Tinggi dan SK Pulau Sibu dalam mengajar teknik atau kemahiran dalam sukan dengan cara yang betul dan berkesan.
Semoga dengan adanya jalinan yang telah terhubung pada hari ini dapatlah kita teruskan pada masa yang akan datang. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak tuan memilih sekolah kami yang serba kekurangan ini sebagai lokasi menjalankan program ini. Pihak sekolah memohon ampun sekirannya sepanjang keberadaan pihak tuan dikawasan kami adanya kekurangan dan perkara yang membuatkan pihak tuan tidak selesa.
Ketibaan para tetamu
Majlis Perasmian Program Outreach
Berat dan tinggi
Aktiviti bersama Jurulatih SSTMI
Senaman aerobik
Comments
Post a Comment