Assalamualaikum dan salam sejahtera...
22/4/2024 (Isnin) - SK Pulau Tinggi telah menghantar 6 orang murid bagi menyertai Ujian Bertulis Pertandingan Pendidikan Lalulintas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor 2024, bertempat di SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi Johor. Peserta-peserta yang terlibat adalah :
Tahun 6
1. Putri Ummairah
2. Nur Hidayah
3. Nur Syafawati Zahirah
4. Mohamad Arash Amsyar
Tahun 5
5. Ahmad Faiz
6. Nur Aliesya
Pengurus Pasukan , Encik Muhammad Aizat Bin Lukman , GPK HEM SK Pulau Tinggi, yang turut dibantu oleh Encik Muhammad Khairulzakirin Bin Mohd Yusof telah bertungkus-lumus dalam memastikan murid-murid SK Pulau Tinggi dapat menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini merupakan kali pertama SK Pulau Tinggi menyertainya. Semoga dengan usaha guru-guru dalam melatih, mendidik dan menyediakan murid-murid bagi menghadapi pertandingan pada hari ini dapat membuahkan hasil.
Comments
Post a Comment