Skip to main content

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah pada tahun ini SK Pulau Tinggi berkesempatan menghantar penyertaan bagi menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD yang bertempat di SMK Mersing. Atas faktor keewangan dan masa persediaan yang terhad. SK Pulau Tinggi hanya menghantar 1 kategori sahaja, iaitu kategori lelaki bawah 12 Tahun. Antara atlit SK Pulau Tinggi yang terpilih pada kali ini adalah:

Tahun 6

1. Mohamad Arash Amsyar

Tahun 5

2. Ahmad Faiz

Tahun 4

Mohamad Ridhuan Shah

Tahun 3

Muhammad Mikail Safuan

Untuk makluman, acara pertandingan yang bermula selepas raya telah membuatkan jurulatih dan para atlit tidak sempat untuk membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi hari pertandingan. Namun begitu, semangat juang tetap ditunjukkan oleh para atlit sehingga ke akhir acara. Semoga pelapis-pelapis bagi acara merentas desa dapat meningkatkan lagi prestasi untuk mendapat tempat yang terbaik bagi kejohanan yang akan datang. InsyaAllah....

Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan 100%  khususnya dalam pembangunan sukan sekolah dan membantu guru sukan agar memastikan setiap program sukan dapat berjalan dengan lancar. 
















































Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 15 November 2023 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah, Anjuran Unit Ko Kurikulum SK Pulau Tinggi. Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi dan akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 November dan tamat pada 17 November 2023. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar bagi menyertai perkhemahan pada kali ini, iaitu terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.  Alhamdulillah, perkhemahan pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu ibu yang sudi hadir membantu guru-guru dalam menyediakan makanan kepada para peserta perkhemahan. Persiapan tapak perkhemahan LDK 1 Ikatan dan simpulan LDK 2 Membina Gajet LDK 3 Masakan Rimba Sekalung Penghargaan buat ibu ibu yang hadir menyediakan makanan buat peserta perkhemahan Makan malam LDK 4 : Kraftangan Solat Maghrib