Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya warga SK Pulau Tinggi dapat bertemu kembali bagi bersama-sama menempuhi sesi persekolahan yang baru bagi sesi 2024/2025. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi pada kali ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah pada hari ini. Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi turut mengalu-alukan kehadiran murid-murid baharu mendaftar ke SK Pulau Tinggi iaitu murid-murid Tahun 1 Arif. Seramai 24 orang jumlah keseluruhan murid yang akan bersekolah di SK Pulau Tinggi bagi sesi 2024/2025.
Murid Tahun 1 melawat kawasan sekolah
Waktu rehat
Waktu Pulang
Comments
Post a Comment