Skip to main content

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Syukur ke hadrat Illahi, kerana limpah dan kurniaNya Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi dapat berjalan dengan lancar. Kejohanan pada hari ini telah melibatkan beberapa acara balapan dan acara padang. Antara acara yang dipertandingkan adalah:

1. 50 meter lelaki

2. 50 meter perempuan

3. 100 meter lelaki

4. 100 meter perempuan

5. 4 x 50 meter

6. 4 x 100 meter

7. Lompat jauh

8. Lompat tinggi

9. Lontar peluru

Seramai 20 orang peserta yang telah mendaftar bagi menyertai kejohanan pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya memperolehi medal. Dan yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa dan cuba yang terbaik pada masa akan datang. Pihak sekolah juga cukup terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang turut sama hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak mereka. Tidak lupa juga kepada pemberi sumbangan makanan dan minuman. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan dan puan.


Anugerah Olahragawan dan Olahraga wati pada kali ini jatuh kepada :

1. Olahragawan : Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini 

2. Olahragawati : Nur Syafawati Zahirah binti Abdullah 



Perarakkan masuk kontinjen Rumah Merah dan Rumah Biru




Tabik Hormat



Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah





Bacaan ikrar kejohanan oleh Nur Qaleesya Syafiah



Bacaan Doa oleh Nur Mieya Soffia







Acara balapan



Acara padang
























Penutup Kejohanan

Olahragawan : Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini

Olahragawati : Nur Syafawati Zahirah binti Abdullah















































Comments

  1. A brilliant read! Your post is both insightful and well-crafted. Appreciate you sharing your valuable perspective.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah