Skip to main content

Program Khidmat Komuniti UTHM di Pulau Tinggi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini warga Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, (UTHM). Seramai lebih 30 orang daripada pihak UTHM yang diketuai oleh Encik Mohd Razif bin M. Ismail, Pengurus Yayasan UTHM telah hadir bagi menjalankan Program Khidmat Komuniti selama 3 hari 2 malam di Pulau Tinggi, Mersing, Johor. Kehadiran pihak UTHM pada hari ini telah disambut baik oleh Encik Rahaman bin Ali, YDP PIBG, SK Pulau Tinggi, merangkap Ketua Kampung Pulau Tinggi dan Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pihak UTHM berada di bumi Pulau Tinggi. Antaranya ialah , acara sukaneka, pertandingan basikal berhias, mengecat rumah penduduk kampung, pertandingan bercerita dan ceramah agama. Pihak UTHM juga telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah yang berupa 3 buah kerusi dan 1 set LCD Projector. Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan.


Senamrobik

Ucapan daripada Encik Mohd Razif bin M. Ismail, Pengurus Yayasan UTHM

Ucapan daripada Encik Rahaman bin Ali, YDP PIBG SKPT merangkap Ketua Kampung Pulau Tinggi

Ucapan Encik Othman bin Taib, Guru Besar SKPT

Pertandingan Basikal Berhias


Acara Sukaneka



Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak









Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
























Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah