Assalamulaikum dan salam sejahtera....
9 Jun 2023, telah berlangsungnya gotong-royong bersama PIBG bagi membersihkan kawasan kelas bimbingan. Habuk yang tebal dan lantai yang kotor semuanya telah dibersihkan oleh ibu bapa dan guru sendiri. Kelas bimbingan ini juga telah mengalami banyak kerosakkan. Antaranya ialah, kipas. Hanya 1 sahaja kipas yang masih berfungsi. Oleh yang demikian, YDP PIBG, Encik Rahaman bin Ali telah menyumbangkan 2 buah kipas siling bagi kegunaan kelas bimbingan pada hari Sabtu ini.
Tujuan pihak sekolah dan PIBG membersihkan kelas bimbingan ini adalah kerana, pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 7 tahun telah kembali beroperasi, setelah sekian lama ditutup semasa musim pandemic Covid 19.
Program pendidikan awal kanak-kanak ini diadakan kerana, SK Pulau Tinggi tiada Pra-sekolah. Hal ini kerana, murid-murid yang bakal melangkah masuk ke Tahun 1, kebiasaannya tidak langsung mengenal huruf dan nombor. Bagi langkah mencegah murid tercicir, guru-guru dengan diketuai oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib telah mewujudkan kembali program kelas bimbingan ini.
Kelas bimbingan ini dijalankan pada setiap hari Sabtu oleh guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Jawi. Semoga dengan usaha murni guru-guru SK Pulau Tinggi ini dapatlah sedikit sebanyak membantu perkembangan pendidikan anak-anak yang berumur 6 hingga 7 tahun ini.
Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program pada hari ini. Jasa baik pihak tuan dan puan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
Comments
Post a Comment