Assalamualaikum dan salam sejahtera...
16 Mei 2023, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri SK Pulau Tinggi bagi tahun 2023. Syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Sambutan pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Othman bin Taib , Guru Besar SK Pulau Tinggi. Tahun ini, tema bagi sambutan hari guru adalah " Guru Insani Pemangkin Generasi Madani". Guru-guru SK Pulau Tinggi pula pada hari ini memakai busana yang bertemakan "Pahlawan Melayu Terakhir".
Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang sambutan berlangsung. Antaranya ialah, bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia , YB Puan Fadhlina binti Sidek, yang dibacakan oleh Tuan Guru Besar. Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, yang dibacakan oleh GPK 1, Encik Ahmad Shahir bin Shafie. Ucapan Ketua Murid, Nur Mieya Soffia binti Abdullah. Kemudian ikrar guru Malaysia yang diketuai oleh Encik Khairulzakirin bin Mohd Yusof.
Majlis pada hari ini diserikan lagi dengan persembahan guru-guru SK Pulau Tinggi dengan lagunya, "Kami Guru Malaysia". Murid-murid juga turut membuat persembahan yang sangat comel dengan lagunya "Guruku Tersayang". Kemudian majlis diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka hanya dilaksanakan di dalam kawasan kantin. Hal ini kerana cuaca yang masih lagi panas dan tidak mengizinkan kita melaksanakan aktiviti dipadang. Walau bagaimana pun, aktiviti di dalam kantin juga turut menarik.
Aktiviti sukaneka
Comments
Post a Comment