Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pejam celik , pejam celik , cuti pun telah habis. Jadi seperti kebiasaannya, guru-guru SK Pulau Tinggi akan masuk ke sekolah awal sehari sebelum sekolah dibuka. Namun begitu, kesukaran yang dihadapi pada bulan Disember ini kebiasaanya adalah musim ombak dan angin yang kuat. Guru-guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada "boatman" kerana sanggup mengambil guru-guru di Jeti Tanjung Leman walapun cuaca yang agak tidak mengizinkan. Syukur alhamdulillah guru-guru semua selamat tiba di Jeti Tanjung Balang, Pulau Tinggi.
Comments
Post a Comment