Skip to main content

Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini 18 Ogos 2022, telah berlangsungnya majlis "Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)" bagi penggal pertengahan tahun. En. Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah menyempurnakan majlis pada pagi ini. Sesi ini dijalanakan bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang cara pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan seterusnya menyerahkan keputusan PBD bagi penggal pertengahan tahun. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi hadir pada majlis hari ini demi mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak dalam dunia pendidikan walaupun cuaca hujan. Semoga murid-murid di SK Pulau Tinggi ini akan lebih bersemangat dan terus berkembang dengan adanya penglibatan ibu bapa.


sekian terima kasih.




































Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Majlis Per

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)