Assalamualaikum dan salam sejahtera,..
Pada 17 Julai 2022 telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong Peringkat Daerah, bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing. Kejohanan pada kali ini, SK Pulau Tinggi telah menghantar peserta tunggal bagi mewakili sekolah, iaitu Muhammad Ariff Ikhwan bin Alesam. Walaupun kita tewas dalam kejohanan ping pong pada kali ini, namun begitu kita tidak tewas dengan begitu mudah. Hal ini kerana Muhammad Ariff telah sedikit sebanyak memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan sehinggakan pihak lawan terpaksa bertungkus lumus untuk menewaskan peserta tunggal SKPT. Beliau tewas 9-11 pada pusingan pertama dan 9-11 pada pusingan kedua. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menunjukkan kesungguhan dan prestasi yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuaan terima kasih kepada jurulatih Cikgu Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof dan Encik Basri bin Bakil kerana telah melatih peserta tunggal SKPT pada tahun ini. Semoga pencapaian pada tahun ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment