Assalamualaikum dan salam sejahtara..
Ahad, 19 Jun 2022, telah diadakan mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2022 hingga 2023. Mesyuarat pada kali ini telah diadakan di makmal Sains pada jam 8.30 malam. Encik Rahaman bin Ali, merangkap YDP PIBG telah mempengerusikan mesyuarat pada malam ini juga telah diturut serta oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar, SK Pulau Tinggi, selaku penasihat PIBG. Pihak sekolah dan YDP PIBG mengucapakan jutaan terima kasih kepada para tetamu dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi membincangkan hala tuju sekolah demi pendidikan dan kemajuan anak-anak mereka sendiri. Kehadiran pada malam ini telah direkodkan dengan jumlah kehadiran yang terbaik daripada mesyuarat sebelum ini. Semoga segala perbincangan dan permasalahan yang berlaku dapatlah kita bersama-sama menyelesaikan dan seterusnya dapat membantu perkembangan dan kemenjadian murid khususnya murid-murid di SK Pulau Tinggi.
Comments
Post a Comment