Skip to main content

Sambutan Hari Guru "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera"

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Seperti setiap tahun, pada 16 Mei adalah tarikh keramat bagi guru-guru kerana ia adalah hari bagi menyambut hari guru di seluruh Malaysia. Tahun ini sambutan lebih meriah kerana kita berada di era endemic covid 19. Guru-guru dan murid-murid dapat bersama-sama meraikan hari guru yang bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera". Guru-guru juga amat terharu dengan sokongan murid-murid dan ibu bapa kerana telah berjaya memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah bagi menyempurnakan sambutan hari guru pada kali ini.

Bagi SK Pulau Tinggi. Hari guru pada kali ini dengan pakaian bertemakan "Super Hero" telah sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana sambutan hari guru. Guru Besar Encik Othman bin Taib dan GPK Pentadbiran Encik Ahmad Shahir bin Shafie juga telah menyempurnakan bacaan perutusan daripada YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia dan Ybhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Peyampaian perutusan daripada YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia oleh Tuan Guru Besar



Penyampaian Perutusan daripada Ybhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh GPK Pentadbiran


Bacaan doa oleh adik Irfan Syafi




Sesi mengundi oleh murid-murid bagi memilih pemenang pakaian yang paling menarik



Lafaz ikrar yang diketuai oleh Cikgu Khairulzakirin Pemimpin Pengakap Kanak-kanak SKPT

Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"




Upacara memotong kek









Persembahan murid 'Guruku Tersayang"

Aktiviti sukaneka










Aktiviti indoor















Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka. Tahniah kepada kumpulan Guru Besar kerana berjaya mendapat Johan dalam acara sukaneka.






sesi bergambar













En. Muhamad Aizat GPK HEM sebagai Captain Aizat

En. Othman Tuan Guru Besar sebagai Ninja Besar

En. Ahmad Shahir GPK 1 sebagai Batman Pulau

En. Khairulzakirin sebagai Spiderman Pulau

En. Muhammad Hamzi GPK KO sebagai Giyu Tomoika

Pn. Yuziami sebagai Red Riding Hood







Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah