Skip to main content

Penyerahan Modul Latihan PDPR

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tahun 2021 negara kita masih lagi dilanda wabak penyakit Covid -19 yang kian mendadak bilangan kes hariannya. Oleh yang demikian, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan. Sekolah juga diarahkan untuk melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah PDPR. Oleh itu, guru-guru SKPT telah bersiap sedia dengan menyediakan Modul Latihan kepada murid-murid SK Pulau Tinggi. Semoga dengan usaha ini, murid-murid dapat terus belajar dan menimba ilmu walaupun tidak bersemuka dengan guru-guru.















Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Sambutan Maulidur Rasul 2024

 Sabtu - 5 Oktober 2024 - Telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pulau Tinggi dengan bertemakan Al-Falah Pemacu Maju Johor. Sambutan ini merupakan program tahunan bagi penduduk di Pulau Tinggi. Kerjasama diantara warga Pulau Tinggi, Sekolah Agama Pulau Tinggi, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, Jururawat Pulau Tinggi dan Pegawai Keselamatan Pulau Tinggi (Polis) telah melancarkan perjalanan program ini sehingga ke penutup acara.  Ketua Kampung Pulau Tinggi iaitu, Puan Rossana binti Hussien, mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang telah hadir pada hari ini iaitu Pengerusi NUTP Negeri Johor, Encik Mohd Bakhtiar bin Basir , Puan Laydawati binti Maydin, Pejabat KEMAS Daerah Mersing dan Ustaz Mohd Solihin, Pegawai Kadi Daerah Mersing. Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik. Mohd Bakhtiar bin Basir, Pengerusi NUTP, Negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya adalah: 1. Pertandingan Sukaneka 2. Pertandingan Busana Muslimin dan Muslimat 3. Pert...