Skip to main content

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada 14 Oktober 2020, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2020. Uniknya pada kejohanan kali ini adalah dilaksanakan secara tertutup. Hal ini kerana semua telah sedia maklum bahawa negara kita masih belum bebas daripada ancaman penyakit Covid-19. Oleh itu, setiap guru akan memastikan aktiviti dan kejohanan pada kali ini berjalan dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum tiba hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Murid-murid telah melalui latihan rumah sukan dan sukantara terlebih dahulu. Murid-murid telah menunjukkan semangat kesukanan dan kesungguhan sepanjang berlangsungnya kejohanan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya membawa pulang medal dalam kejohanan pada kali ini. Dan kepada yang tidak berjaya, cuba berusaha dengan lebih lagi pada masa akan datang.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati pada kali ini telah jatuh kepada Muhammad Aiman bin Hafizan dengan kutipan 5 emas dan 2 perak dan Nur Syafawati Zahirah binti Abdullah dengan kutipan pingat 6 emas dan 1 perak.

ACARA LOMPAT JAUH



ACARA LOMPAT TINGGI



















ACARA LONTAR PELURU



ACARA 50 METER




ACARA 100 METER














ACARA SUKANEKA (TIUP BELON)

















SUSUN TIN







BASIKAL LAMBAT













MAJLIS PENUTUP





































OLAHRAGAWAN



OLAHRAGAWATI

































































Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid