Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada 15 Ogos 2020, hari Sabtu yang lalu. Kami guru-guru SK Pulau Tinggi telah bersama-sama orang kampung mendaki bukit Pulau Tinggi untuk membersihkan paip yang tersumbat. Hal ini kerana air daripada dem bukit Pulau Tinggi terlalu perlahan dan tidak masuk kedalam tangki air. Kami seramai 6 orang kekuatan iaitu 3 orang kampung Pulau Tinggi, Encik Zan bin Othman, Encik Aizat bin Lukman dan Encik Khairulzakirin bin Mohd Yusof. Manakala 3 orang guru telah mewakili pendakian pada kali ini iaitu, Encik Ahmad Shahir bin Shafie, Encik Hamzi bin Esahal dan Encik Raqib bin Md Hanipah. Pendakian pada ketinggian 208 meter dari paras laut dan turun bukit pada kali ini memakan masa 2 jam 33 minit iaitu sejauh 5.5 kilometer. Semoga dengan aktiviti hujung minggu seperti ini dapat menurun berat badan guru-guru yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini..
sekian....
#kredit video: cikgu abdul raqib
Comments
Post a Comment