Skip to main content

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 12 Mac 2020 yang lalu. SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Komuniti Pulau Tinggi. Acara sambutan Maulidur Rasul merupakan acara wajib disambut pada setiap tahun di Pulau Tinggi. Kemeriahan acara telah bermula pada 10 Mac 2020 dimana guru-guru serta warga Pulau Tinggi telah bersama-sama bergotong-royong memotong daging, ayam dan sebagainya di perkarangan Masjid Pulau Tinggi. Mereka sangat komited membantu pihak sekolah agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan, iaitu pertandingan mewarna keluarga, pertandingan khat kanak-kanak dan pertandingan tulisan jawi pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam pula, berlangsungnya pertandingan laungan azan kanak-kanak dan dewasa, hafazan kanak-kanak dan dewasa, dan kuiz jawi. Penyertaan bagi kesemua acara yang dipertandingan sangat menggalakkan.

Seterusnya, pada hari kemuncak sambutan Maulidur Rasul pada 12 Mac. Warga Pulau Tinggi bersama para jemputan telah berarak dan berselawat dari KG Tanjung Balang menuju ke Masjid Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan persembahan berzanji dan tilawah al-quran. Antara pengisian lain sepanjang majlis sambutan tersebut adalah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Saiful Shahir bin Mohd Sopah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam/Ketua Unit Masjid Kerjaan Mersing.

Acara yang paling dinanti-nantikan oleh semua adalah acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah pertandingan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan dan dalam cabutan nombor bertuah. Mana yang tidak berjaya boleh cuba pada masa akan datang.

Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan majlis ini. Segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung harap dimaafkan. 

Sekian, terima kasih.




10 MAC 2020 - REWANG
















































PERSIAPAN PENTAS







11 MAC 2020






PERTANDINGAN MEWARNA KELUARGA, TULISAN JAWI DAN TULISAN KHAT

























SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DAN JAMUAN





PERTANDINGAN AZAN, HAFAZAN DAN KUIZ JAWI]












REWANG MALAM






12 MAC 2020 - KEMUNCAK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



























CERAMAH DARIPADA- Ustaz Saiful Shahir bin Mohd Sopah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam/Ketua Unit Masjid Kerjaan Mersing.

























GOTONG-ROYONG MENGEMAS DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID



































Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid