Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 30 Oktober yang lalu, kami warga SK Pulau Tinggi telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Lawatan ke Melaka telah berlangsung selama 3 hari, berakhir pada hari Jumaat 1 November 2019. Seramai 11 orang murid dan 7 orang guru pengiring telah menyertai lawatan pada kali ini. Para penjaga dan ibu bapa juga turut sama menyertai lawatan bagi menyuntik semangat kepada anak-anak mereka. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perjalanan lawatan di Melaka. Selama 2 malam ini, kami telah menginap di Homestay Pak Lah di Klebang.

Hari Pertama (30 Oktober 2019)

Bertolak dari Mersing pada jam 8.45 pagi


Singgah di MITC Mydin Melaka




Masjid Cina




Muzium Kapal Selam












River Cruise













Dinosaur In The City











Hari kedua (31 Oktober 2019)




Kota Afamosa



Jonker Walk












Muzium Setem









Istana Kesultanan Melaka









Muzium Samudera













Main Bowling di Mahkota Parade









Makan malam di Pahlawan Walk



Hari Ketiga (1 November 2019)

Zoo Melaka






























Taman Buaya
















Alhamdulillah,,.. selesai sudah lawatan ke Melaka pada kali ini. Semoga dengan segala pengalaman yang dilalui oleh murid-murid sepanjang lawatan 3 hari 2 malam ini dapat sedikit sebanyak memberi pengetahuan yang bermanfaat kepada murid-murid. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penjaga dan ibu bapa kerana telah banyak memberi sokongan kepada pihak sekolah sehingga berjalannya lawatan ke Melaka ini dengan selamat dan lancar. Terima kasih...

Untuk menonton video, sila klik pada link tersebut..
👇👇👇👇👇

 https://drive.google.com/file/d/1cet8c9n0iWFe_DZmcWG54lJAL_LuWcgV/view?usp=sharing

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah