Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah pada hari ini adalah menghasilkan sebuah poster digital bertemakan jenayah "Hentikan Buli". Murid-murid telah dibekalkan setiap seorang sebuah 'netbook' dan mencari bahan-bahan melalui internet dengan bimbingan guru. Penggunaan ICT dalam aktiviti pada kali ini dapat menarik minat murid dan murid menjadi seronok. Hal ini kerana mereka dapat menggunakan sepenuhnya teknologi seperti "netbook"dengan sendirinya dan dengan bantuan guru.
Comments
Post a Comment