Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam, 14 Julai 2019 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik. Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik SK Pulau Tinggi dimana ia merupakan program tahunan Panitia Sains dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang mampu memberi perangsang kepada murid supaya menjadi lebih minat terhadap mata pelajaran khususnya Sains dan Matematik. Secara tidak langsung dapat melahirkan murid yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.
Semoga murid-murid dapat memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh guru dengan sebaik mungkin dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.








Comments
Post a Comment