Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada 16 Mac 2019 yang lalu, SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjayakan sebuah program iaitu program STEM @ Island : " Jom Terokai STEM". Program ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, Antaranya ialah;
1. JPN Johor,
2. PPD Mersing,
3. Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT),
4. Guru Besar SK Pulau Perhentian,
5. Ikon STEM Johor,
6. SISC + Hulu Terengganu,
7. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
2. PPD Mersing,
3. Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT),
4. Guru Besar SK Pulau Perhentian,
5. Ikon STEM Johor,
6. SISC + Hulu Terengganu,
7. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
8. Hospital Kajang
9. ASCO Edutech
9. ASCO Edutech
Untuk makluman para pembaca, STEM itu merupakan singkatan nama bagi Science, Technology, Engineering, Mathematics.
Antara matlamat program ini dijalankan di pedalaman pulau ialah:
1. Memberikan pededahan kepada komuniti pulau (murid, ibu bapa dan komuniti) tentang STEM.
2. Memberi pemahaman kepada komuniti pulau termasuk pihak sekolah tentang hasrat KPM
memberi penekanan kepada pendidikan STEM.
3. Memberikan suntikan motivasi dan kaedah PdPc terkini kepada guru STEM.
4. Memberikan peluang untuk pentadbir sekolah dalam kawasan pulau mendapat perkongsian tentang
amalan terbaik pengurusan sekolah dan penglibatan komuniti.
5. Memberikan peluang untuk murid merasai keseronokan mempelajari matapelajaran STEM,
khususnya Matematik dan Sains.
Program STEM @ Island ini telah dirasmikan oleh Dr. Nor Saidatul Rajeah binti Zamzam Amin selaku Ketua Sektor Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
![]() |
Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar SK Pulau Tinggi |
![]() |
Gimik perasmian program STEM |
![]() |
Gimik perasmian program STEM |
![]() |
Gimik Perasmian Program STEM |
![]() |
Gimik Perasmian Program STEM |
![]() |
Gimik Perasmian Program STEM |
![]() |
Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shahir bin Shafie |
![]() |
Ucapan Perasmian oleh Dr. Nor Saidatul Rajeah binti Zamzam Amin |
Aktiviti bersama MIGHT
Aktiviti bersama USIM
Perkongsian Ilmu daripada Encik Rosdi Guru Besar SK Pulau Perhentian
Aktiviti bersama ASCO Edutech
Aktiviti bersama KPM
Aktiviti bersama SISC+
Aktiviti bersama Cikgu Halina Ikon STEM
Semoga dengan adanya program STEM ini di pedalaman pulau, khususnya di Pulau Tinggi, dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua penduduk Pulau Tinggi tentang pendidikan STEM. Malahan kepada guru-guru juga dapat mengambil kesempatan yang telah diberikan oleh pihak KPM untuk meluaskan ilmu dalam teknik pengajaran supaya pembelajaran didalam kelas berjalan dengan lebih berkesan.
Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjaya program STEM @ Island : " Jom Terokai STEM". Sekian Terima Kasih.
Rakaman video perjalanan program STEM @ Island : "Jom Terokai STEM".
Rakaman temu bual respons peserta selepas program STEM @ Island: "Jom Terokai STEM"
Pada 16 Mac 2019
Comments
Post a Comment