Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada 13 Januari yang lalu, SK Pulau Tinggi telah menjalankan satu perhimpunan bulanan kokurikulum. Selaras dengan garis panduan perlaksanaan dasar ini di dalam Surat
Pekeliling Ikhtiasas Bil 8/2007. Unit Kokurikulum juga mengadakan Perhimpunan Bulanan
Kokurikulum pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan
ini dikendalikan oleh murid-murid. Lazimnya aktiviti yang dijalankan
dalam perhimpunan tersebut ialah doa, ucapan guru
penasihat unit kokurikulum, ucapan Pen. Kanan Kokurikulum dan
ucapan Tuan Guru Besar. Sekiranya terdapat majlis seperti penyampaian
hadiah (sukan/kokurikulum) ianya akan dibuat pada masa tersebut dan
diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid.
Rasionalnya, agar murid-murid dapat mempelajari cara berkomunikasi/ berinteraksi, bagaimana menguruskan acara & protokol serta membiasakan mereka berucap di depan orang ramai (public speaking).
Rasionalnya, agar murid-murid dapat mempelajari cara berkomunikasi/ berinteraksi, bagaimana menguruskan acara & protokol serta membiasakan mereka berucap di depan orang ramai (public speaking).
Comments
Post a Comment