Skip to main content

Hari Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan Perkhidmatan SKPT 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada 14 November yang lepas, SK Pulau Tinggi telah berjaya menjalankan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan Perkhidmatan (HAK&PP). Majlis ini telah bermula pada jam 8.40 pagi. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kami menjalankan majlis dengan cuaca yang tenang dan harmoni.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SKPT iaitu En. Othman bin Taib. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP PIBG iaitu En. Rahaman bin Ali. Majlis HAK&PP ini telah dirasmikan oleh En. Nur Fahmi bin Zulkifli selaku Penghulu Mukim Pulau-pulau Daerah Mersing. Sekalung penghargaan kepada semua warga komuniti Pulau Tinggi yang telah sudi memberi sumbangan makanan kepada pihak sekolah. Jasa baik tuan/puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Akhir sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bersama-sama menjayakan majlis yang meraikan kejayaan anak-anak pulau ini. Tidak lupa juga kepada Pn. Rossana binti Hussin selaku Ketua Kampung Pulau Tinggi yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah. Semoga pertalian yang terikat diantara pihak sekolah dengan warga komuniti Pulau Tinggi kekal utuh hingga ke akhir hayat. 

Ucapan tahniah juga ditujukan kepada setiap murid yang telah berjaya merangkul anugerah kecemerlangan. Semoga kecemerlangan yang ditunjukkan pada tahun ini akan meningkat pada tahun hadapan. Semoga terus maju jaya murid-murid SK Pulau Tinggi. Tahniah dan terima kasih.

PENDAFTARAN KEHADIRAN TETAMU







Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG
Ucapan Perasmian


Penyampaian Hadiah Kecemerlangan, Penghargaan Perkhidmatan dan Cabutan Bertuah
























JAMUAN MAKAN





Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid