Skip to main content

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan SKPT 2018

Hari ini telah berlangsungnya " Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pulau Tinggi " bagi tahun 2018. Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh En. Muhammad Hamzi (GPK Kokurikulum). Sambutan bulan kemerdekaan di SK Pulau Tinggi telah mula disambut pada bulan
Ogos yang lepas. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah;

Pertandingan mewarna, 
Pertandingan kuiz kemerdekaan, 
Pertandingan explorace kemerdekaan, 
Pertandingan nyanyian lagu patriotik,
Pertandingan melukis poster digital
Pertandingan teka silang kata,
Pertandingan Fotografi kemerdekaan,
Pertandingan sajak,
Pertandingan buku skrap,
Pertandingan mewarna batik.

Semua acara yang dipertandingkan telah sertai oleh semua murid SKPT secara optimum. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah bersama-sama membantu penyelaras program Pn. Yuziami bagi menjayakan program sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2018. Semoga segala kekurangan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini dapat diperbaiki bagi persediaan sambutan pada tahun hadapan. Terima kasih...











PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN













PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK





  















PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA










PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN












PERTANDINGAN BUKU SKRAP
















PERTANDINGAN MEWARNA BATIK




















PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN

Penyertaan 1: Muhammad Hamzi , Aidil Feteri & Ariff

Penyertaan 2: Khairulzakirin , Alya & Ayda

Penyertaan 3 : En Abdul Raqib & Suhana

Penyertaan 4: En Muhammad Aizat & Nur Khadijah




Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah