Pada 16 April yang lepas. Sekolah telah melaksanakan majlis penutupan minggu Anti Dadah.
Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh En. Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya melibatkan diri dalam aktiviti yang telah disediakan oleh penyelaras minggu anti dadah iaitu En Muhammad Khairulzakirin.
Ucapan alu-aluan daripada penyelaras minggu anti dadah En. Muhammad Khairulzakirin b Mohd Yusof.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran.
Comments
Post a Comment