Skip to main content

Diari Guru SKPT: Kenduri Tahlil Di Rumah En. Johan

Pada 18 April yang lepas, guru-guru SKPT telah dijemput untuk ke kenduri tahlil Johan sekeluarga. Bacaan tahlil telah diketuai oleh imam Pulau Tinggi iaitu En. Zammari bin Ali.






Info Hukum Hakam mengerjakan kenduri tahlil

Dalil-dalil Amalan Tahlil & Kenduri Arwah.
بسم الله الرحمن الحيم.
الحمدلله لا إله إلّا الله, و الصلاة و السلام على رسول الله, و على آله و صحبه و من ولاه. و بعد.
DEFINISI.
Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ تَهْلِيْلًا bermaksud mengucap kalimah لاإله إلا الله .
Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula ialahhimpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawatahlil bukan sahaja mengucap kalimah لا إله إلا الله , tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan oleh golongan penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang sarih/nyata dalam amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti kita tidak mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungantahlil itu adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang?
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk mendatangkan dalil-dalil bagi permasalahan tahlil dan kenduri arwahyang dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 – Dalil umum keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :
Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat bersama kepada Allah dengan membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid, takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah doa yang dilakukan sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam al-Quran:
- Surah Muhammad, 19 :
فَٱعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ ٱللَّهُ وَٱسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
Dari ayat tersebut menerangkan bahwa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan mendapatkan manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya untuknya.
- Surah Nuh, 28 :
رَّبِّ ٱغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ وَلاَ تَزِدِ ٱلظَّالِمِينَ إِلاَّ تَبَاراً
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!
sumber:http://www.islamituindah.com.my/2017/01/hukum-mengerjakan-kenduri-arwah-dan.html

Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid